fbpx

34 maut serangan misil Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serangan dua peluru berpandu balistik jatuh berhampiran Universiti Negeri Sumy. - Kementerian Dalam Negeri Ukraine

KYIV – Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh, manakala 117 cedera termasuk 15 kanak-kanak selepas Russia menyerang pusat bandar Sumy di Ukraine, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Dua peluru berpandu balistik varian Iskander dilancarkan sekitar pyukul 10.15 pagi (waktu tempatan), mengenai kawasan sekitar Universiti Negeri Sumy dan pusat kongresnya.

Gambar dan rakaman  video selepas serangan menunjukkan mayat berlumuran darah bergelimpangan di sekitar lokasi sasaran.Sekurang-kurangnya dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, antara yang cedera ialah seorang bayi yang dilahirkan pada tahun ini. 

“Serangan mengenai pusat bandar ketika penduduk meraikan perayaan Palm Sunday,” katanya dalam satu mesej video. 

Pihak berkuasa Ukraine memberitahu BBC bahawa 20 bangunan rosak termasuk empat institusi pendidikan, kafe, kedai dan lima bangunan pangsapuri. Sebanyak 10 buah kereta dan trem turut terkena bedilan misil Russia.

Zelensky menggesa tindak balas keras daripada negara lain sambil menambah, rundingan gencatan senjata gagal menghentikan serangan peluru berpandu balistik dan pengeboman.

“Russia mahukan keganasan dan mengheret perang ini. Tanpa tekanan ke atas penceroboh, keamanan adalah mustahil,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI