fbpx

12 rumah terjejas, Sungai Merab dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota menyelamatkan mangsa terjejas akibat banjir kilat di Kampung Sungai Merab Luar Kajang hari ini.

KAJANG – Sebanyak 12 buah rumah di Kampung Sungai Merab Luar Kajang di sini, terjejas ekoran banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.34 pagi.

“Laporan oleh komander operasi mendapati berlaku banjir kilat. Seramai 15 mangsa dibawa keluar oleh pasukan operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan di lokasi tersebut mendapati air semakin menurun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI