PETALING JAYA – Mark Milligan mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang mencetuskan revolusi Harimau Malaya selepas sah ‘angkat kaki’ daripada posisi penolong ketua jurulatih hari ini.
“Saya amat berterima kasih kepada Tunku Mahkota Ismail kerana memberi peluang untuk bekerjasama dengan Peter Cklamovski dan seluruh kakitangan pasukan kebangsaan.
“Diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan profesional seperti ini telah banyak mengajar saya.
“Pengalaman dan tahap profesionalisme di peringkat elit ini adalah sesuatu yang saya hanya dapat harapkan dan impikan untuk mencapai dalam perjalanan saya ke hadapan.
“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain-pemain, staf, dan penyokong Malaysia dalam usaha untuk kelayakan Piala Asia 2027 dalam jangka masa terdekat,” katanya.
Difahamkan, Milligan akan pulang ke Australia bagi memimpin salah satu pasukan berpengaruh di sana selepas berakhir saingan domestik musim ini. – KOSMO! ONLINE