fbpx

BAC 2025: Pearly-Thinaah tumpas, Aaron-Wooi Yik mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY-THINAAH

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk melangkah lebih jauh dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China tidak kesampaian selepas tersingkir seawal pusingan pertama hari ini.

Pasangan No. 5 dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set 19-21, 26-28 ke atas gandingan Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 58 minit.

Kekalahan tersebut adalah yang ketiga buat Pearly-Thinaah keatas gandingan Korea Selatan itu musim ini selepas turut kecundang di final Indonesia Masters dan separuh akhir Terbuka India pada Januari lalu.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi beregu wanita, pasangan negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing mencatat kemenangan dalam pertemuan sesama wakil Malaysia selepas menewaskan beregu muda, Carmen Ting-Ong Xin Yee 18-21, 21-19, 21-16.

Bagaimanapun, Pei Kee-Mei Xing perlu melakukan persiapan terbaik memandangkan mereka dijadual menentang pilihan kelima dari China, Jia Yi Fan-Chen Qing Chen di pusingan kedua esok.

Sementara itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk meneruskan kemaraan selepas menewaskan pasangan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-18, 21-15 dalam masa 40 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua dan bakal berdepan beregu India, Hariharan Amsakurunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi bagi merebut slot ke suku akhir esok. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN