fbpx

Sistem perdagangan global di bawah tekanan kuat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan sistem perdagangan global kini berada di bawah tekanan yang kuat.

Jelas beliau, Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan perubahan dasarnya ke arah ekonomi nasionalisme dengan mengenakan tarif ke atas semua import.

Anwar berkata, dasar terbaru AS itu telah menjadi sebahagian daripada apa yang sekarang digelar sebagai ‘Trump tariffs against the rest of world’.

“Perdagangan Malaysia dengan AS telah lama memberi keuntungan bersama. Eksport kami (Malaysia) menyokong bukan sahaja pertumbuhan di sini, tetapi pekerjaan berkualiti tinggi di seluruh AS.

“Hubungan dagangan ini telah memberi kebaikan kepada kedua-dua negara, tetapi pendekatan itu mungkin akan memudaratkan semua,” katanya pada Persidangan Pelaburan ASEAN 2025 di ibu negara, hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia namun tidak percaya kepada diplomasi megafon (keras), sebaliknya berpegang kepada diplomasi berlembut melalui pendekatan yang senyap.

Justeru, katanya, sebagai sebahagian daripada diplomasi lembut, Malaysia akan menghantar pegawai ke Washington untuk memulakan proses dialog.

“Mungkin terdapat ruang terhad untuk menyemak semula niat asas, tetapi masih terdapat skop untuk melaraskan pelaksanaan dasar,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, ASEAN perlu bergantung sesama sendiri dengan memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dalam mendepani persekitaran tarif global yang mencabar.

Ujar beliau, semua negara anggota ASEAN mesti bergerak pantas melangkaui retorik kepada pelaksanaan.

Kata beliau, liberalisasi tarif dalam rantau ini sebahagian besarnya telah lengkap, tetapi penjajaran kawal selia, logistik rentas sempadan dan ketersambungan digital belum selesai.

“ASEAN menonjol sebagai sinar harapan dan positif. Kita secara amnya masih komited terhadap keterbukaan, kerjasama dan kesinambungan institusi.

“Jumlah dagangan barangan AS$3.5 trilion dolar, namun angka ini tidak dijamin. Dengan tarif bertubi-tubi melanda seluruh dunia secara pantas, kita menyaksikan kemelut tatanan global,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI