fbpx

Qabil kecewakan ‘budak’ Sepanyol di Jerez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QABIL berjaya meraih dua kemenangan aksi pertama ESBK di Jerez dan bakal bersaing di pusingan kedua di Litar Catalunya, Barcelona 19 hingga 22 Jun depan.

KEJAYAAN pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan melakar dua kemenangan berturut-turut pada aksi pembukaan di Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Jerez, Sepanyol, kelmarin membuktikan pelumba berusia 13 tahun itu bersama pasukan yang tepat.

Qabil yang beraksi bersama pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly memperagakan tunggangan terbaik dalam saingan ESBK Talent Cup apabila dua kali mengecewakan pencabar dari Sepanyol, Izan Rodriguez.

Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin menegaskan keputusan meletakkan Qabil dalam pasukan yang tepat kini jelas membuahkan hasil.

“Alhamdulillah, ini adalah permulaan yang baik untuk Qabil. Pasukan VHC telah menyediakan motosikal terbaik dan sokongan yang sangat diperlukan untuk dia bersaing di peringkat tinggi.

“Pada awalnya, saya berbincang dengan beberapa pasukan, tetapi pasukan ini memang yang terbaik dan kompetitif. Sejak hari pertama bersama pasukan ini, semuanya berjalan lancar dan kami harao dapat terus mengekalkan momentum ini,” kata Zulfahmi.

Sementara itu, Qabil tekad mengekalkan prestasi terbaiknya itu kerana sedar cabaran selepas ini pasti lebih sengit.

“Saya tahu Izan (Rodriguez) adalah pencabar terdekat saya dan perlumbaan sangat sengit. Pada pusingan terakhir, saya cuba untuk berada di depan kerana kalau saya duduk di belakang, saya tidak akan sempat untuk memotong.

“Alhamdulillah, saya berjaya menang dan meraih tempat pertama. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya,” kata Qabil.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI