fbpx

Liga Super: Sri Pahang resah tanpa penjaga gol No. 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Sri Pahang giat menjalani latihan sebelum bertemu KDA FC malam ini. - Foto ihsan Sri Pahang

KUANTAN – Penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin yang mengalami kecederaan belum pasti diturunkan bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam ini.

Namun, situasi itu tidak menghalang pemain berusia 30 tahun itu untuk menjalani sesi latihan walaupun belum cergas sepenuhnya.

“Irfan dah mula menjalani latihan tetapi nampak belum seratus peratus kerana dia pun ada pakai topeng di hidung. Kita harapdia akan lebih berani, yakin dan sembuh sepenuhnya.'” kata ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad.

Dalam perkembangan lain, Fandi hanya menumpukan prestasi anak buahnya tanpa memikirkan apa yang berlaku kepada skuad Sang Kenari.

“Saya tak pernah memikir masalah mereka , kita harus tahu apa masalah kita sendiri yang penting pemain memberi persembahan yang terbaik.

“Tidak ada alasan lagi mudahan pemain harus faham sebagai pemain bolasepak mereka harus berusaha mencari kemenangan.” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI