fbpx

Alcaraz tak obses jadi terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ

MADRID – Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz menegaskan, dia tidak obses untuk menjadi pemain terbaik dunia, sebaliknya lebih selesa menikmati perjalanan kariernya dalam sukan itu.

Alcaraz, 21, yang sudah meraih empat gelaran Grand Slam dan pernah menduduki ranking nombor satu dunia, mengakui pencapaiannya itu sudah cukup membanggakan dirinya.

“Saya tidak obses untuk menjadi pemain terbaik dunia. Saya pernah menjadi nombor satu beberapa tahun lalu dan saya gembira.

“Sekarang saya di ranking ketiga dan saya tetap gembira. Kini, saya menikmati perjalanan ini, sukan ini dan kehidupan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Alcaraz tidak menafikan dia masih menyimpan impian besar dalam kariernya terutama menjadi pemain terbaik.

“Saya selalu cakap, saya mahu menjadi pemain terhebat dalam sejarah. Tapi itu bukan satu yang saya obses, itu hanya impian.

“Kunci kejayaan adalah mencari apa yang sesuai untuk diri sendiri, walaupun ia berbeza daripada orang lain.

“Tekanan itu bagus, ia membuatkan anda rasa hidup dan berjuang untuk sesuatu yang penting,” jelasnya.

“Dan saya selalu cakap, saya mahu dikenang sebagai inspirasi kepada kanak-kanak dan sebagai seseorang yang menikmati apa yang dia lakukan, sentiasa tersenyum di atas gelanggang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI