fbpx

Lelaki maut dihempap batu 50kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas kepalanya ditimpa batu seberat 50 kilogram ketika menunggang motosikal di Jalan Paya Terubong, Jumaat lalu.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas kepalanya ditimpa batu seberat 50 kilogram ketika menunggang motosikal di Jalan Paya Terubong, di sini, Jumaat lalu.

Mangsa, seorang buruh binaan berusia 34 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan Lee Swee Sake, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.45 pagi ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Bayan Lepas menghala ke Farlim.

“Setibanya di lokasi kejadian tiba-tiba satu objek batu anggaran 50 kilogram telah terjatuh dari lereng bukit dan kemudian terkena kepala mangsa.

“Akibat impak tersebut, mangsa yang sedang menunggang motosikal kemudian terjatuh di atas jalan,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI