fbpx

12 pegawai, 29 anggota tentera terlibat kes buli diberhentikan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafizuddeain (kiri) memeriksa perbarisan anggota TDM pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Op Merpati 8 Briged di Pos Tok’ O, Rantau Panjang hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

RANTAU PANJANG – Seramai 12 pegawai dan 29 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) telah diberhentikan kerja selepas terlibat dengan kes buli dan penderaan dalam tempoh lima tahun.

Panglima TDM, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, ia melibatkan kesalahan yang dilakukan oleh anggota dan pelbagai pangkat termasuk Mejar bermula 2019.

“Perbuatan buli merupakan satu pengkhianatan besar kepada pasukan tentera. Ini kerana, kita menganggap setiap anggota adalah saudara, dan adik-beradik.

“TDM tidak akan berkompromi dengan pegawai atasan dan anggota bawahan yang didapati bersalah terlibat dengan buli,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Op Merpati 8 Briged di Pos Tok’ O di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain memberitahu, tindakan yang telah diambil itu memperlihatkan ketegasan TDM dalam menangani isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI