fbpx

‘Niat jual belon nak beli baju raya untuk mak, ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnah (kiri) dan Muhammad Zaimuddin ketika ditemui selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ibu peniaga belon, Hasnah Mat Isa menyifatkan insiden pergelutan di antara anaknya dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak sepatutnya berlaku.

Hasnah, 54, berkata, Muhammad Zaimuddin ada memaklumkan kepadanya untuk berniaga belon di ibu negara bagi mencari pendapatan sampingan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Dia berniaga sebab musim perayaan ini ramai orang. Masa itulah dia nak cari duit lebih sebab dia juga kena buat pembedahan ‘hernia’ (angin pasang).

“Sebelum kejadian, dia ada WhatsApp saya. Dia bagitahu dia ada niat nak belikan mak dan ayah baju raya,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hasnah berkata, dia menerima makluman berhubung insiden itu ketika sedang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di Bukit Jalil.

“Bila dapat video itu saya nampak muka anak saya. Selepas suami saya sahkan itu anak kami, saya sangat sedih sehingga meraung satu bangunan.

“Sekarang dengan kecederaan yang menimpanya, saya terpaksa ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak saya,” ujarnya.

Difahamkan, Muhammad Zaimuddin yang berniaga belon di sekitar pusat beli-belah Sogo hanya memperoleh pendapatan sekitar RM30 sehari.

Terdahulu, Muhammad Zaimuddin tampil membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan pergelutan antara seorang peniaga belon dan penguat kuasa DBKL dalam kejadian di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 malam itu, insiden tersebut dipercayai telah menyebabkan peniaga berkenaan mengalami kecederaan tulang belakang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI