fbpx

F1: McLaren bimbang cabaran Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS mengakui mereka perlu meletakkan kebimbangan terhadap cabaran yang mampu diberikan Mercedes pada aksi GP Jepun hari ini. - AFP

SUZUKA, Jepun – Pelumba McLaren, Lando Norris dan Oscar Piastri menjangkakan Mercedes bakal menjadi saingan utama mereka dalam perlumbaan Grand Prix Jepun hari ini.

Selepas masing-masing meraih kemenangan di Australia dan China, duo McLaren itu tampil sebagai pilihan utama untuk mengungguli saingan di Litar Suzuka.

Namun, sesi latihan bebas kelmarin memberi petunjuk bahawa pasukan Mercedes, khususnya George Russell, tidak boleh dipandang ringan apabila hanya dipisahkan 0.163 saat di belakang Norris.

“Saya masih fikir kami berada di depan, tapi George (Russell) sangat laju sesi latihan, hampir setara dengan kami.

“Mercedes nampaknya kembali di landasan yang baik. Red Bull pula kelihatan sedikit tenggelam, tapi mereka memang biasa kelihatan perlahan sebelum tiba-tiba laju pada perlumbaan sebenar.

“Saya jangka esok (hari ini) akan jadi perlumbaan yang sengit,” kata Norris yang kini memburu kemenangan kedua musim ini.

Sementara itu, Piastri turut berkongsi pandangan sama apabila ditanya tentang cabaran pasukan lain.

“Saya rasa kami ada prestasi yang baik, tapi Mercedes memang nampak pantas. Kami tak boleh leka dengan cabaran mereka.

McLaren kini mendahului kejuaraan pengeluar selepas dua pusingan, mengumpul kelebihan 21 mata di depan Mercedes dan kemenangan di Suzuka bakal mengukuhkan cengkaman mereka selaku pencabar utama musim 2025. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI