fbpx

Seorang melecur, tiga kilang terbakar di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian kebakaran tiga kilang di 2704-A Jalan Kampung Baru Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Tiga kilang terbakar dalam kejadian di 2704-A Jalan Kampung Baru Sungai Buloh di sini tengah hari ini.

Kilang tersebut melibatkan kilang kain dan kitar semula yang terbakar 80 peratus, kilang besi terbakar 70 peratus, manakala kilang kayu terbakar 90 peratus.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 1.42 tengah hari, manakala jentera bomba tiba di tempat kejadian pukul 1.58 tengah hari.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan tiga gudang sedang marak terbakar.

“Terdapat seorang warga Bangladesh melecur tahap dua diserahkan kepada pihak KKM dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, sebuah pikap Toyota Hilux turut terbakar 100 peratus, manakala sebuah kereta Proton terbakar 10 peratus.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pukul 2.51 petang oleh anggota dan pegawai bomba dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh serta dibantu oleh BBP Bukit Jelutong, BBP Damansara dan BBP Selayang melibatkan seramai 31 kekuatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI