fbpx

Kebakaran paip gas: Mangsa PPS bertambah kepada 498 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Subang Jaya, yang menempatkan mangsa insiden kebakaran paip gas. - Foto oleh SADDAM YUSOFF

SUBANG JAYA – Bilangan mangsa terjejas ekoran kebakaran saluran paip gas di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan pertambahan kepada 498 orang melibatkan 127 keluarga setakat pukul 10.30 pagi, hari ini.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Masjid Putra Heights menempatkan seramai 382 mangsa daripada 192 keluarga.

Ia melibatkan 136 mangsa lelaki dewasa, wanita dewasa (125), kanak-kanak lelaki (63) dan kanak-kanak perempuan (50) serta lapan bayi.

Sementara itu, PPS Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Camelia Seksyen 10 Putra Heights menyaksikan seramai 109 mangsa daripada 27 keluarga.

Mangsa terdiri daripada 33 lelaki dewasa, wanita dewasa (33), kanak-kanak lelaki (14) dan kanak-kanak perempuan (22) serta tujuh bayi.

PPS Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia pula menempatkan sebuah keluarga iaitu sepasang suami isteri serta enam kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI