fbpx

Hujan lebih 24 jam, kediaman di Batu Gajah dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hujan berterusan selama lebih 24 jam menyebabkan banjir kilat di Kampung Nala, Tronoh, Batu Gajah dekat sini yang menjejaskan 12 buah kediaman.

Menurut Jurucakap Sektariat Pengurusan Bencana Negeri Perak, limpahan air dari longkang dan parit menyebabkan 12 rumah yang berada di kawasan rendah itu dinaiki air.

“Terdapat seorang warga emas yang terperangkap di dalam rumah semasa banjir kilat namun air mula surut menyebabkan operasi pemindahan tidak dilakukan.

“Hujan telah berhenti dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka ekoran situasi terkawal setakat ini,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI