fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat di Pantai Timur, utara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di enam negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu melibatkan Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan).

“Hujan lebat diramal di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar).

‘Di Pantai Timur pula, hujan lebat dijangka Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai),Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang),”kata MetMalaysia.

Turut mengalami keadaan cuaca sama adalah di Pahang melibatkan kawasan (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin). – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN