fbpx
Muhammad Azim menunjukkan koleksi kad raya yang berada dalam simpanannya di Kampung Naga, Kepala Batas di Alor Setar baru-baru ini.

Berhabis RM1,000 kirim kad raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang pemuda sanggup berbelanja besar untuk membeli dan mengirim kad raya setiap tahun demi minat mendalam untuk meneruskan tradisi yang semakin lupus itu.

Muhammad Azim Azizan, 27, berkata, apa yang mengujakan apabila kebanyakan penerima kad raya tersebut termasuk kerabat diraja dan ahli politik membalas semula kiriman kad ra­yanya sekali gus menjadi koleksi yang sangat berharga.

Katanya, Sultan Brunei dan Yang di-Pertuan Agong merupakan antara kerabat diraja yang tidak pernah ketinggalan membalas semula kiriman kad ra­yanya itu.

“Sehingga kini saya mempunyai beribu kad raya yang saya simpan sejak 2017, semua sa­ngat berharga untuk saya. Setiap tahun saya berbelanja antara RM500 hingga RM700 tetapi tahun ini hampir RM1,000 untuk membeli dan mengirimkan kad raya tersebut kerana kos sudah meningkat.

“Saya mewarisi minat ini daripada bapa saya, Azizan Haroon, 61, yang juga menyimpan koleksi ribuan kad raya sejak tahun 70-an,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Naga, Kepala Batas di sini baru-baru ini.

Jelasnya, selain Sultan Brunei dan Yang di-Pertuan Agong, koleksi kad raya yang berada dalam simpanannya ialah daripada bekas Perdana Menteri termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kebanyakan daripada orang kenamaan dan kerabat diraja itu akan membalas kad raya saya walaupun lewat, kadang-kadang lepas raya baru dapat. Itu yang mengujakan saya, namun sejak kebelakangan ini susah nak dapatkan kad raya, kalau ada pun tidak banyak.

“Jadi saya membuat tempahan di kedai yang sudah lengkap dengan nama dan alamat saya. Kalau beli sendiri kosnya mahal,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN