fbpx

Tukang masak, penganggur didakwa ‘jual’ rakyat Malaysia cari kerja di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN WEI (kiri) dan En Wai ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Tukang masak dan penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan memperdagang dua rakyat Malaysia di Myanmar, antara Disember tahun lalu hingga Februari tahun ini.

Tertuduh, Wong Jun Wei, 26, dan Jasper Yap En Wai, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Berdasarkan pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa memperdagangkan seorang lelaki dan wanita warga Malaysia berusia 26 tahun dan 34 tahun bagi tujuan eksploitasi kerja dengan cara perdayaan. Kedua-duanya didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu antara 15 Disember 2024 hingga 14 Februari 2025 di Yatai, Shwekokko, Myanmar.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan Ismail manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Tan Song Yan.

Othman Affan dalam pada itu memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh atas alasan keseriusan kes.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 7 April bagi membolehkan lantikan peguam dan serahan dokumen.

Sebelum itu, pada 17 Mac lalu media melaporkan polis menahan seorang daripada 25 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar pada 12 Mac lepas, setelah siasatan mendapati dia dipercayai berperanan merekrut warga tempatan untuk sindiket berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI