fbpx

EPL: Tuah makin hindari Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED gagal merealisasikan impian untuk mencatat kemenangan kedua selepas tewas berdepan Forest awal pagi semalam. - AFP

NOTTINGHAM – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim kecewa ekoran kegagalan pasukannya meraih kemenangan kedua berturut-turut saingan Liga Perdana Inggeris apabila tewas berdepan Nottingham Forest 0-1 di City Ground awal pagi semalam.

Sebelum cuti rehat aksi antarabangsa, United berjaya mencatat kemenangan meyakinkan apabila menundukkan Leicester City 3-0 dan mengharapkan kemenangan pada aksi kali ini untuk terus memperbaiki kedudukan, namun impian itu gagal direalisasikan.

Jaringan bekas pemain sayap mereka sendiri, Anthony Elanga pada minit kelima perlawanan berjaya memberikan kemenangan untuk tuan rumah biarpun United berjaya melakukan 23 percubaan termasuk enam percubaan tepat.

Amorim mengakui pasukannya layak untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik apabila memiliki 69 peratus penguasaan bola sepanjang aksi dan deretan peluang terhidang yang gagal disempurnakan.

“Kami mengawal perlawanan dan kami juga sedar bahawa pasukan mampu untuk menghasilkan jaringan berdasarkan peluang dan percubaan yang kami lakukan sepanjang perlawanan.

“Apabila mereka menjaringkan gol, kami mengubah sedikit aksi untuk mengelak mereka bermain dengan lebih selesa. Kami cuba untuk menyempurnakan peluang, tetapi sentuhan terakhir itu tidak memihak kepada kami.

“Saya sedar sepanjang musim ini, kami berada dalam situasi yang sama. Kami banyak melakukan percubaan ke arah gawang lawan, namun kami kekurangan kualiti untuk menjadikannya jaringan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI