fbpx

EPL: Chelsea berjuang raih slot Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA mahu memburu kemenangan ke atas Spurs pada derbi London untuk memburu kelompok empat pasukan terbaik. - AFP

LONDON – Chelsea berada dalam fasa positif untuk cuba memastikan slot ke Liga Juara-Juara musim depan menjadi milik mereka dan segalanya berpaksikan dalam baki sembilan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.

Pengurus The Blues, Enzo Maresca menjelaskan, beliau dan seluruh pasukan sedia untuk melakukan apa yang termampu bagi mendapatkan keputusan terbaik bermula dengan aksi menentang Tottenham Hotspur, awal pagi esok.

Walaupun terdapat jurang besar di antara kedua-dua pasukan, Maresca sentiasa waspada dan sedar cabaran menanti anak buahnya pada derbi London kali ini kerana dirinya sentiasa dengan pendirian setiap lawan akan menjanjikan tentangan berbeza.

“Saya fikir ini akan jadi satu lagi cabaran yang berbeza berbanding apa yang kami lalui pada perlawanan terdahulu. Ini kerana setiap perlawanan pasti akan menghadirkan cabaran berlainan dan tidak akan pernah sama.

“Pada pertemuan pertama, kami tidak mampu memulakan perlawanan dengan baik apabila kami bolos dua gol. Namun kita dapat lihat pasukan saya kekal dengan kemahuan untuk memberikan cabaran hingga memperoleh kemenangan.

“Namun pastinya kali ini ia akan jadi sedikit berbeza kerana perlawanan derbi pasti akan menjadi sukar. Kami masih ada sembilan lagi perlawanan dan kami perlu menang dan pastikan mampu raih sebanyak mungkin mata,” katanya.

Maresca juga menjelaskan tempoh rehat yang dimiliki pasukannya adalah sesuatu yang agak baik untuk mempersiapkan pasukan dengan baik rapi dan membolehkan dia beri fokus kepada setiap tugasan akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI