fbpx
Rakaman CCTV menunjukkan suspek menarik rambut serta meragut rantai dipakai mangsa dalam satu kejadian di sebuah apartmen di Presint 11, Putrajaya, semalam.

Berlakon minta air, sebelum ragut rantai kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan diragut lelaki yang berpura-pura meminta bekalan air sebelum melarikan rantai emas dalam kejadian di sebuah apartmen Presint 11, di sini semalam.

Kejadian pada pukul 9.46 pagi itu disedari bapa mangsa selepas menerima dan menyemak notifikasi daripada aplikasi televisyen litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, selepas melihat kejadian menimpa anaknya yang berusia 12 tahun, bapa mangsa membuat laporan polis pada pukul 1.05 tengah hari, hari sama.

Hasil rakaman percakapan mangsa dan ibunya, suspek dikatakan mengetuk pintu rumah dan bertanya sama ada mempunyai bekalan air atau tidak.

“Suspek kemudian meminta mangsa menyambungkan paip getah ke paip di bilik air dan meminta mangsa mengisi air ke dalam tong berwarna putih.

“Ketika mangsa cuba menyerahkan tong air, suspek merentap rambut mangsa dan meragut rantai emas yang dipakai sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, kata beliau, mangsa mengalami kecederaan di dagu. Jumlah kerugian dianggarkan RM5,530. Semakan CCTV mendapati suspek memakai jaket berwarna hijau, berseluar hitam, topi hitam dan penutup mulut.

Usaha mengesan lelaki itu masih giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN