RAUB – Seramai 21 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat di Kampung Ulu Gali di sini malam semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali di sini.
“Mangsa terdiri daripada 14 lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, seorang warga emas dan dan seorang bayi perempuan.
“Pasukan APM masih terus melakukan pemantauan di sekitar kawasan berisiko banjir dari semasa ke semasa,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, hujan lebat berterusan menyebabkan limpahan air sungai yang menyebabkan banjir di kawasan berhampiran. – KOSMO! ONLINE