fbpx

Adiwira Batman Forever meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAL Kilmer meninggal dunia akibat radang paru-paru, semalam.

BINTANG filem popular, Batman Forever iaitu Val Kilmer meninggal dunia pada usia 65 tahun semalam.

Anak perempuannya, Mercedes Kilmer memaklumkan punca kematian bapanya disebabkan pneumonia atau radang paru-paru.

Berkongsi lanjut, Kilmer pernah didiagnosis menghidap kanser tekak pada 2014 dan kemudian pulih.

Kilmer memulakan karier dengan filem komedi berjudul Top Secret pada 1984.

Dua tahun kemudian, dia meraih populariti menerusi filem Top Gun memegang watak sebagai musuh kepada watak utama lakonan Tom Cruise.

Selain itu, mendiang merupakan individu paling muda yang berjaya memasuki sekolah Juilliard yang terkenal di New York dan berhasrat menghasilkan filem dengan serius.

Kali terakhir Kilmer muncul dalam sekuel filem Top Gun: Maverick dengan memegang watak Iceman pada 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI