fbpx

Saluran paip gas bocor, terbakar sepanjang kira-kira 500 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rumah penduduk yang terkesan akibat kebakaran yang berlaku di Putra Heights, pagi ini.

PETALING JAYA – Kebakaran yang tular berlaku di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor, pagi ini berpunca daripada kebocoran paip gas sekali gus menyebabkan kebakaran saluran sepanjang 500 meter (m).

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor berkata, kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar sedang dilakukan berikutan kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam.

“Pihak bomba terima aduan kejadian di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pada pukul 8.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian pukul 8.22 pagi.

“Panjang saluran terbakar 500m yang mana api sedang marak menjulang ke atas. Setakat ini mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan lagi,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, penduduk sekitar berkongsi video yang memaparkan beberapa penduduk sekitar lari menyelamatkan diri.

Mereka dipercayai cuba mencari tempat yang lebih selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI