fbpx

Penyewa homestay rugi RM2,000, beg tangan kena kebas sebelum raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD SHOFEE.

PONTIAN – Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM2,000 apabila kehilangan dua beg tangan ketika menginap di sebuah inap desa di Taman Desa Harta Ria di sini sebelum hari raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamed Shofee Tayib berkata, mangsa yang berusia 60 tahun itu menyedari kehilangan beg tangan miliknya dan anaknya ketika hendak keluar dari inap desa pada pukul 8 pagi 30 Mac lalu.

Katanya, kedua-dua beg tangan tersebut diletakkan di atas lantai bersebelahan tingkap.

“Pengadu telah mencari di sekitar homestay tetapi tidak menjumpai sebelum membuat laporan di Balai Polis Pontian,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, antara barang yang hilang ialah satu buah beg tangan, satu kad pengenalan, dua kad ATM bank, satu lesen memandu kelas D dan satu bentuk cincin.

“Manakala anak perempuannya juga hilang satu beg tangan, satu kad pengenalan, tiga kad ATM, satu pasang Airpod dan wang tunai RM1,500,” ujar beliau.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan lanjut tiada kesan pada tingkap tersebut dan didapati tingkap berkenaan tidak berkunci.

“Tiada juga didapati kesan geledah pada rumah tersebut dan tiada barangan berharga lain yang hilang.

“Proses penimbulan cap jari telah dilakukan oleh anggota D6 pada bahagian luar tingkap dan berjaya menimbulkan tiga kesan cap hari,”jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI