PETALING JAYA – Aliran trafik di Plaza Tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak sejak pagi hingga malam ini apabila kenderaan terus membanjiri laluan itu untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri.
Tinjauan Kosmo! melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada pukul 9 malam ini mendapati, pertambahan kenderaan di lebuh raya itu masih ketara dengan kesesakan masih berlaku terutama di Genting Sempah.
Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dan selatan masih lancar setakat ini.
Namun, terdapat sedikit kesesakan berlaku di kawasan Simpang Pulai, Perak. – KOSMO! ONLINE