fbpx

Isu penjual belon: Anggota penguat kuasa DBKL patut kena tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GPMS gesa DBKL mengambil tindakan tegas terhadap anggotanya yang berkelakuan kasar semalam.

GEORGE TOWN – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang menggesa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas terhadap anggota penguat kuasanya yang bertindak kasar ke atas seorang penjual belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), malam tadi.

Naib Pengerusinya, Muhammad Danial Alimim berkata, pihak terbabit sepatutnya menghormati hak asasi dan bertindak profesional dalam mendepani pelbagai cabaran, bukannya melakukan kekerasan terhadap peniaga kecil.

Menurutnya, insiden tersebut bukan sekadar mencerminkan kegagalan pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas dengan adil tetapi juga menunjukkan betapa lemahnya sokongan kepada belia yang berusaha mencari rezeki secara halal.

“Kami tidak akan berdiam diri sekiranya perkara ini terus berulang. Belia bukan pengemis yang perlu dihina, mereka adalah masa depan negara yang perlu dibantu dan diberi peluang.

“Jika kerajaan benar-benar serius mahu membangunkan ekonomi anak muda, maka tindakan terhadap mereka perlu lebih adil dan berperikemanusiaan.

“Kami menegaskan bahawa belia yang memilih jalan keusahawanan bukanlah penjenayah. Mereka adalah generasi yang ingin berdikari, membina kehidupan, dan menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya di sini hari ini.

Namun jelasnya, tindakan agresif seumpama itu akan mematahkan semangat dan menanam persepsi bahawa pihak berkuasa lebih gemar menindas yang lemah berbanding mencari penyelesaian yang adil. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI