fbpx

Balik raya jangan ‘body shaming’ orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster perkongsian PHM di Facebook.

PETALING JAYA – “Balik raya, jangan ‘beri racun’ pada jiwa”.

Demikian pesanan daripada Public Health Malaysia (PHM) kepada orang ramai terutama individu yang gemar mempersoalkan saiz badan atau perubahan kepada seseorang Ketika sambutan hari Raya Aidilfitri.

Menerusi perkongsian PHM di Facebook, hari raya seharusnya menjadi masa untuk menyuburkan kasih sayang dan bukannya ‘tiket’ untuk melukakan hati sesiapa dengan gurauan yang tidak bertempat itu.

Jelas PHM, antara dua soalan yang paling menyinggung perasaan adalah “Eh, dah makin bulat sekarang ya?” atau “Kulit makin gelap, banyak berjemur ya?”.

“Walaupun bunyinya seperti ringan dan biasa, ‘gurauan’ sebegini meninggalkan luka emosi yang dalam. Ia melekat di hati, kadangkala terbawa sehingga bertahun-tahun lamanya.

“Hormatilah sensitiviti setiap individu kerana kecantikan itu berbeza-beza, dan setiap insan berhak diraikan seadanya,” kata PHM.

Dalam pada itu, satu nasihat daripada PHM buat orang ramai untuk menjaga pertuturan yang tidak melampaui batas walaupun hanya sekadar gurauan semata-mata.

“Tahun ini, jadilah orang yang menyebarkan kasih sayang dan kata-kata positif.

“Jika anda sendiri pernah terluka dengan kata-kata, jangan ragu untuk berkongsi rasa hati dengan seseorang yang anda percaya. Kerana jiwa yang tenang, datang dari hati yang saling menerima,” pesannya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI