Entah bagaimana, mercun hari ini sering kali dianggap sebagai sebahagian daripada tradisi sambutan hari raya, kononnya ia dianggap sebagai simbol keriangan dan kemeriahan, dengan letupan dan cahaya berwarna-warni yang memeriahkan suasana. Kini, ia dijual secara terbuka dan berleluasa walaupun ramai yang menyedari tentang risiko bahaya bermain mercun apatah lagi terhadap kanak-kanak. Mereka mudah tertarik dengan letupan mercun dan percikan bunga api tanpa menyedari bencana yang bakal menimpa jika tersilap langkah. Setakat ini, sudah terdapat tiga kes putus jari dalam kalangan……