fbpx
Seorang lelaki mencuri perhatian netizen apabila berani menyergah sekumpulan anjing liar yang cuba mengejarnya ketika menunggang motosikal

[VIDEO] Ini betul-betul ‘fighter’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang petugas syarikat utiliti mencuri perhatian netizen apabila berani menyergah sekumpulan anjing liar yang cuba mengejarnya ketika menunggang motosikal.

Menurut perkongsian oleh @Riderkilowatt di TikTok, lelaki tersebut dilihat tidak takut dan menunjukkan keberaniannya menyergah kembali anjing-anjing itu sehingga berundur.

“Ini betul-betul ‘fighter’. Korang perlu tengok sehingga habis. Anjing itu punya langsi tak boleh dibawa bincang,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap keberanian lelaki tersebut tetapi pada masa yang sama menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk sekitar jika anjing liar dibiarkan berkeliaran.

“Bahaya kalau ada kanak-kanak yang melalui jalan disitu. Pemilik anjing boleh dikenakan saman kerana biarkan anjing keluar berkeliaran,” kata @Blokok.ujut.

“Pihak berwajib perlu bertindak, sebelum terjadi perkara yang tak diingini,” kata @Bhaizzul.

“Dekat rumah saya pun ada juga. Kita keluar rumah anjing nak kejar. Esok saya kejar balik, tak berani dah kalau lalu jerkah semula, mesti pergi ke tempat lain pula,” kata @Lyda7945. – KOSMO! ONLINE.

@riderkilowattIni betul2 FIGHTER mat.. Korang kena tgk sampai habis..Dia punya langsi tak boleh bawak bincang..🤣🤣

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI