fbpx

EPL: Liverpool perlukan pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL memiliki skuad yang kecil untuk bersaing dalam beberapa kejohanan menyebabkan mereka terpaksa akur hanya berpeluang menjulang gelaran EPL. - AFP

LONDON – Pengulas bola sepak England, Jamie Carragher mengakui bahawa Liverpool perlu mendapatkan lima atau enam pemain baharu pada jendela perpindahan musim panas nanti apabila mula berdepan kesukaran.

Liverpool kempunan untuk mempertahankan gelaran juara Piala Liga Inggerius selepas tewas kepada Newcastle United pada Isnin lalu dan beberapa hari sebelum itu disingkirkan oleh Paris Saint-Germain pada aksi Liga Juara-Juara (UCL).

Ketika ini mereka sedang berdepan masalah mengenai rundingan kontrak baharu bersama Mohamed Salah, Virgil Van Dijk dan Trent Alexander-Arnold selain pengendali pasukan, Arne Slot memiliki skuad yang semakin tua.

“Situasi yang berlaku dalam pasukan ketika ini seperti ‘memakan diri’ apabila mereka tersingkir di UCL dan tewas pada aksi final. Slot perlu mendapatkan pemain baharu kerana skuad ini memerlukan tambahan pemain bagi menjadikan mereka lebih stabil.

“Beliau tidak mampu menukar pemain ketika turun menentang Southampton selepas berdepan PSG dan perlu berdepan aksi ulangan dengan gergasi Perancis itu beberapa hari kemudian. Saya terima bahawa skuad yang ada bukan pilihan Slot, tapi dia perlu bawa masuk pemain baharu.

“Saya teruja dengan prestasi Slot yang hampir pasti membawa Liverpool untuk memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini, namun ada beberapa bahagian perlu ditambah baik. Beliau perlukan beberapa pemain di bahagian pertahanan.

“Bahagian tengah juga perlu ada perubahan, pemain lebih muda diperlukan untuk menggantikan Wataru Endo, penyerang dan pemain sayap kanan. Saya fikir lima atau enam pemain baharu perlu masuk musim panas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI