fbpx

Terima kasih, Bella wanita luar biasa – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella (tengah) ketika hadir memberi sokongan kepada Syed Saddiq di Istana Kehakiman hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan ucapan terima kasih kepada Bella Astillah yang sudi hadir untuk memberikan sokongan kepadanya di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Syed Saddiq juga sempat melontarkan pujian kepada pelakon dan penyanyi kelahiran Sarawak itu dengan menyifatkan Bella sebagai wanita yang luar biasa.

“Terima kasih. Dia (Bella) wanita yang luar biasa dan saya terhutang budi,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di lobi mahkamah.

Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dengan memakai sut berwarna hitam.

Kira-kira lima minit kemudian, Bella yang memakai baju kurung berwarna cerah bercorak bunga turut dilihat memasuki lobi mahkamah sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI