fbpx
KEADAAN susunan khemah secara ‘back to back’ di Jalan TAR, Kuala Lumpur yang rosak dilanda ribut kelmarin.

Lima hari berniaga langsung tak ‘pecah telur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Para peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini kecewa dengan susun atur khemah secara ‘back to back’ yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga didakwa mendatangkan kerugian buat mereka.

Susun atur itu didakwa menyu­karkan pelanggan untuk pergi ke gerai-gerai, sekali gus sukar meraih keuntungan walaupun sudah memasuki minggu kedua Ramadan.

Dakwa seorang peniaga, Nur Hidayah Mohd. Nur, 37, walaupun sudah membuka gerai sejak hari kedua Ramadan, sambutan pe­langgan sangat kurang berpunca susun atur khemah tersebut.

Dia yang menjual pakaian lelaki berkata, susunan itu membuatkan kedainya tersembunyi di belakang sekali gus sukar me­raih pengunjung setiap hari.

“Sejak saya berniaga selama 20 tahun di Jalan TAR, ini pe­ngalaman paling buruk apabila keuntungan yang dapat sangatlah sedikit. Bayangkan lima hari saya berniaga langsung tidak ‘pecah telur’.

“Ada hari yang saya dapat, itu pun RM100. Belum tolak duit makan, duit elektrik lagi. Ini seolah-olah ‘bunuh’ bisnes kami terus,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Ujarnya, susunan pada tahun-tahun sebelum ini menggunakan kaedah ‘face to face’.

“Pelanggan boleh berkunjung kedua-dua belah gerai dalam satu jalan. Kali ini pe­langgan hanya boleh lawati semua gerai di satu bahagian sebelum perlu buat pusingan untuk ke gerai di barisan seterusnya,” katanya.

Dakwanya, hujan lebat serta ribut petir yang merosakkan lebih 40 buah khemah peniaga di Jalan TAR kelmarin berpunca susun atur khemah tersebut.

Berkongsi nasib sama, seorang peniaga baju kurung, Zulfahmi Salam, 33, berkata, sambutan pelanggan sangat hambar berbanding sebelum ini berpunca susunan khemah yang tidak strategik.

“Bukan saya seorang, rata-rata peniaga risau dan jadi tidak puas hati dengan perkara ini. Kami mahukan susun atur khemah seperti sebelum ini,” katanya.

Kelmarin, kejadian hujan lebat serta ribut yang melanda kawasan Jalan TAR itu mengakibatkan 40 buah khemah peniaga serta barangan rosak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN