PARIT BUNTAR – “Kamu tidak malu ke tunjuk kemaluan dekat orang?”
Demikian soal Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi sebelum menjatuhkan hukuman penjara selama 18 hari terhadap tertuduh, Zainal Abidin Sabri, 72.
Majistret menjatuhkan hukuman itu dan tidak membenarkan permohonan denda selepas Zainal mengaku salah menunjukkan kemaluan kepada remaja perempuan berusia 18 tahun dua minggu lalu.
“Kamu dipenjara, penjara 18 hari (bermula) dari tarikh hari ini. Kamu keluar penjara (nanti), esok dah nak raya,” katanya pada prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Mengikut pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa di sebuah kedai sejuk beku pada pukul 5.24 petang, 2 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE