fbpx

Operasi Puspakom Wangsa Maju dilanjut sehingga tahun depan – MOT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Pengoperasian Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Wangsa Maju akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, penangguhan itu dilakukan susulan pembinaan cawangan ganti di Bukit Beruntung, Rawang, masih belum selesai.

“Cadangan awal untuk pindahkan Puspakom Wangsa Maju ke Bukit Beruntung pada akhir Jun ini tetapi pembinaannya masih belum selesai.

“Oleh kerana itu MOT setuju lanjutkan setahun lagi operasi cawangan ini sehingga tahun depan iaitu pada 30 Jun 2026,” katanya selepas melakukan tinjauan di Puspakom Wangsa Maju, hari ini.

Terdahulu beliau berkata, operasi Puspakom Wangsa Maju akan ditutup selewat-lewatnya Jun ini.

Penutupan itu bagi memberi laluan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membina fasiliti baharu di tapak berkenaan susulan cawangan itu dicatatkan sebagai yang paling sibuk dan sesak.

“Perancangan untuk pindahkan sudah dinyatakan beberapa tahun lalu kerana lorong masuk agak sempit tambahan ada beberapa buah sekolah di sini.

“Ada ibu bapa dan guru mengeluh tak dapat sampai pada waktunya disebabkan kesesakan di hadapan sekolah sebab adakala lori-lori yang tiba awal untuk pemeriksaan menghalang laluan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI