fbpx

e-Invoice: Fasa utama bermula Julai, lebih 200,000 peniaga terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Tariq ketika menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Pengarang Kosmo!, Jamdi Nasir pada Majlis Iftar Ketua Pegawai Eksekutif LHDN bersama Media 2025 di The Westin Hotel, malam ini.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melaksanakan fasa utama e-Invoice bermula Julai ini dengan menyasarkan lebih 200,000 peniaga untuk terlibat dalam inisiatif digitalisasi percukaian tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, berkata fasa awal pelaksanaan e-Invoice sebelum ini telah melibatkan kira-kira 20,000 peniaga, manakala fasa seterusnya akan diperluaskan kepada syarikat yang mempunyai perolehan tahunan antara RM500,000 hingga RM25 juta.

Menurutnya, sistem e-Invoice telah sedia sepenuhnya, namun cabaran utama adalah memastikan peniaga bersedia serta memahami keperluan penggunaan invois elektronik ini dalam urus niaga mereka.

“Kita telah berjaya dalam fasa pertama dan kedua, tetapi jumlah peniaga yang terlibat masih dalam lingkungan 20,000. Fasa lebih besar akan bermula Julai nanti dengan sasaran lebih 200,000 peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Ketua Pegawai Eksekutif LHDN bersama Media 2025 di The Westin Hotel, malam ini.

Abu Tariq menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invoice bukan sahaja memberi manfaat kepada peniaga dan kerajaan, tetapi juga kepada rakyat yang memerlukan invois sah dalam urusan tertentu.

Selain itu, langkah ini juga mampu meningkatkan ketelusan percukaian serta mengurangkan isu kehilangan resit dan pemalsuan dokumen kewangan.

“Kita harap media dapat terus membantu menyebarkan maklumat mengenai pelaksanaan e-Invoice ini agar peniaga lebih bersedia dan memastikan sistem ini dapat berjalan dengan lancar,” ujarnya.

e-Invoice merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam memperkasa sistem percukaian negara dengan memperkenalkan invois elektronik bagi meningkatkan kecekapan pemantauan dan pematuhan cukai dalam kalangan peniaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI