fbpx

50 banduan lolos sebelum berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banduan berlari beramai-ramai dan memanjat pintu pagar penjara yang terbuka. - Berita Nasional

JAKARTA – Seramai 50 banduan  melarikan diri dari sebuah penjara di Aceh Tenggara, wilayah Aceh menjelang waktu berbuka puasa semalam, lapor laman berita Kompas.

Ketua Pejabat Wilayah Direktorat Pemulihan Wilayah Aceh, Yan Rusmanto berkata, mereka melarikan diri dari Penjara Kelas II B Kutacane.

“Daripada 50 orang yang lolos, 12 sudah ditangkap. 38 orang lagi  masih diburu,” katanya.

Tambah Yan, jumlah keseluruhan tahanan di Penjara Kutacane adalah seramai 368 orang.

Sebelum itu, laporan menyebut bahawa berpuluh-puluh tahanan melarikan diri menjelang waktu berbuka puasa semalam.

Berdasarkan video tular di media sosial, mereka dilihat berlari beramai-ramai dan memanjat pintu pagar penjara yang terbuka.

Mereka berlari di tengah-tengah kesesakan lalu lintas, malah ada yang menghalang laluan pengguna jalan raya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI