fbpx

Keluarga Fatima Nuha telah berangkat ke Jordan – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video semasa lawatan Amirudin ke rumah keluarga Fatima Nuha di Keramat semalam.

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor semalam telah menziarahi keluarga salah seorang mangsa kemalangan yang membabitkan pelajar Selangor di Jordan, Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam kunjungan semalam, beliau telah bertemu dengan keluarga Fatimah Nuha Mustaza di Keramat.

“Saya dimaklumkan Encik Mustaza dan isteri akan berangkat ke Jordan malam ini (semalam) untuk menguruskan anak mereka yang kini dirawat di sebuah hospital di Amman, Jordan.

“Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada Encik Mustaza sebelum beliau berangkat ke Jordan,” tulisnya di Facebook semalam.

Menurutnya, Fatimah Nuha merupakan pelajar jurusan Bahasa Arab di Universiti Mu’tah, Jordan dan beliau kini masih berada di hospital setelah menjalani pembedahan.

Katanya, Kerajaan Selangor sentiasa memantau keadaan semasa berhubung kebajikan para pelajar Selangor di luar negara.

“Di bulan Ramadan yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa agar urusan kedua-dua pelajar ini dan keluarga mereka dipermudahkan dan diberi kesembuhan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI