fbpx

Lelaki buat kecoh di gereja kurang siuman, tidak makan ubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki kurang siuman ketika melakukan kekecohan di Gereja St. Joseph, Kuching.

KUCHING – Lelaki yang melakukan kekecohan di Gereja St. Joseph di sini adalah kurang siuman dan dikhuatiri tidak makan ubat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, perkara itu disahkan oleh bapanya semasa dipanggil ke Balai Polis Sentral sejurus selepas anaknya itu ditahan polis.

“Menurut bapanya, dia mempunyai kad orang kurang siuman dari Hospital Kota Sentosa. Dia dikhuatiri tidak makan ubat yang dibekalkan oleh hospital,” katanya yang dihubungi.

Terdahulu, Mancha berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.45 petang semalam, yang videonya turut tular di media sosial.

Katanya semasa jemaah gereja sedang bersembahyang, lelaki terbabit tiba-tiba masuk dari pintu utama gereja sambil memainkan muzik dengan kuat dan memegang sebotol arak.

“Lelaki tersebut tiba-tiba memaki hamun dengan kata-kata kesat, kemudian terus membaling botol dan lari keluar dari perkarangan gereja dengan keadaan marah. Orang lain yang berada di situ cuba untuk menenangkan lelaki itu,” katanya.

Susulan itu, katanya pasukan polis peronda dari Balai Polis Sentral yang tiba bertindak menahan suspek dan kemudian membawanya ke balai untuk proses dokumentasi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI