ALUNAN serunai yang nyaring memecah kesunyian diiringi hentakan gendang yang berirama, mencipta suasana mistik yang begitu sinonim dengan wayang kulit Kelantan. Dalam cahaya samar kelir (layar), bayang-bayang patung yang berukir halus mula menari, membawa penonton menyelami dunia cerita rakyat yang penuh magis. Namun, terdapat sedikit kelainan pada persembahan wayang kulit tersebut apabila ditambah dengan kemunculan watak-watak dari patung wayang kulit Purwa. Menurut Tok Dalang, Kamarul Baisah Hussin, gabungan dua tradisi wayang kulit tersebut merupakan salah satu usaha untuk menyuntik nafas……