fbpx

Shapawi dilantik pengerusi baharu Yakeb

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shapawi Ismail kini dilantik sebagai Pengerusi Yakeb.

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menyatakan keyakinan Shapawi mampu menerajui Yakeb dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya dalam pengurusan sukan negara.

“Berpengalaman sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), KBS yakin bahawa Datuk Shapawi merupakan figura yang mampu untuk meneraju Yakeb dengan baik dan menjaga kebajikan bekas atlet-atlet negara,” menurut kenyataan rasmi di Instagram KBS.

Shapawi yang pernah mengetuai MSN mempunyai rekod cemerlang dalam pembangunan atlet serta pengurusan sukan berprestasi tinggi.

Dengan kepimpinannya, Yakeb dijangka terus memperkasa peranan dalam menjaga kebajikan bekas atlet kebangsaan yang telah menyumbang kepada kejayaan negara di pentas sukan.

Beliau akan dibantu oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah Yakeb bagi penggal 2025-2027 yang terdiri daripada beberapa wakil kementerian dan bekas atlet.

Antaranya ialah Hafiz Mat Ramly (Kementerian Kewangan), Chan Hong Jin (KBS), Dr. Ahmad Munawwar Helmi Salim (Institut Sukan Negara) serta bekas atlet seperti Normala Abdul Rashid (bola sepak), Sharon Wee (skuasy), Sharmendran Raghonathan (karate) dan Soo Beng Kiang (badminton).

Pelantikan itu turut menyaksikan penyertaan beberapa bekas atlet mempunyai pengalaman luas dalam dunia sukan dijangka membawa perspektif lebih dekat dengan keperluan kebajikan bekas atlet negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN