fbpx

Bangunkan negara, keluarga dengan perkasa wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, di Pusat Dagangan Dunia hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pembangunan negara perlulah dimulakan dengan memperkasakan wanita.

Jelas beliau, peranan wanita sebagai ibu serta pendidik yang meletakkan asas dalam membentuk generasi negara ini.

“Kalau mahu kita bangunkan negara, kita harus bangunkan keluarga, membangunkan keluarga dimulakan dengan memperkasa wanita sebagai ibu dan pendidik yang meletakkan asas pembinaan generasi.

“Seperti saya, dilatih oleh ibu saya antara yang mendidik tentang erti kehidupan, erti ihsan dan agama. Ketika kahwin isteri saya yang banyak menegur dan membentuk saya.” katanya pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Kuala Lumpur (WTC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Tambah Anwar, peranan keluarga dan wanita adalah sangat integral, selain menjadi paksi kepada pembangunan masyarakat dan negara.

“Maknanya ruang itu ada untuk kita perbaiki. Sebab mahu menjayakan Kerajaan Madani bermula dengan menjayakan keluarga, memastikan disiplin sekolah dan anak-anak, asas keilmuan, serta keharmonian. Jadi, peranan wanita itu sangat integral.

“Kalau kita tidak pandang hal ini sebagai yang serius, maka konsep Madani itu tidak dapat kita cernakan,” kata beliau.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI