fbpx

SPRM temu bual doktor rawat Ismail Sabri di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemu bual doktor perubatan yang merawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor.

Menurut sumber, proses temu bual itu dijalankan bermula pukul 3.30 petang tadi di hospital tempat pegawai perubatan tersebut bekerja.

Difahamkan, keterangan yang akan diberikan doktor perubatan itu kepada SPRM adalah bagi mengetahui tahap kesihatan Ismail Sabri sebelum keterangan beliau direkodkan pada Khamis depan.

Semalam, SPRM menangguhkan sesi rakaman keterangan Ismail Sabri yang dijadualkan hari ini susulan cuti sakit beliau dilanjutkan sehingga 12 Mac ini.

Sumber berkata, tujuan SPRM menemu bual doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sama ada benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat.

“SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ,” kata sumber.

Sebelum itu, Ismail Sabri dijadual hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini pada 5 Mac untuk memberi keterangan namun tidak dapat berbuat demikian kerana masalah kesihatan dan diberikan sijil cuti sakit sehingga 12 Mac ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika berkata, Ismail Sabri dijangka diambil keterangan pada 13 Mac sekiranya kesihatan beliau berada dalam keadaan baik.

Ahli Parlimen Bera itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI