fbpx

Pemandu lori meninggal, penduduk ‘berjemaah’ kebas telur ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai mengambil telur ayam yang terjatuh di tepi jalan. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di Labuhanbatu Selatan, wilayah Sumatera Utara menunjukkan berpuluh-puluh penduduk mengambil telur ayam yang jatuh daripada sebuah lori terbalik, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kemalangan melibatkan lori membawa telur itu berlaku di Desa Aek Batu, daerah Torgamba pada 2 Mac lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @gensaragih memaparkan orang ramai berpusu-pusu mengambil telur yang berterabur  di atas jalan. 

Ada yang meletakkan telur-telur itu di dalam plastik dan baldi yang dibawa dari rumah. 

Lebih menyayat hati, pemandu lori tersebut mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian. 

Perbuatan itu mengundang kecaman netizen. Mereka menuduh penduduk setempat hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan nasib pemandu lori tersebut. 

“Jijik melihat sikap warga setempat,” kata seorang netizen. 

“Sikap orang miskin dan miskin adab,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI