fbpx

Pekerja restoran nasi kandar maut ditetak parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Taman Sepadu Jaya, Tasek Gelugor, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja restoran nasi kandar warga Myanmar maut akibat ditetak sekumpulan lelaki menggunakan parang di Taman Sepadu Jaya, Tasek Gelugor, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa maut di lokasi kejadian akibat tetakan di lengan kanan, kepala dan belakang badan dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 38 tahun sebelum itu diserang empat lelaki tidak dikenali di restoran terbabit.

“Keempat-empat suspek memakai topi dan penutup muka serta bersenjatakan parang turun dari sebuah kenderaan berwarna gelap sebelum menyerang mangsa yang sedang bekerja di restoran berkenaan.

“Mangsa bertindak melarikan diri dan kesemua suspek bertindak mengejar dan menetaknya di kepala, tangan dan badan.

“Selepas ditetak beberapa kali, mangsa jatuh terbaring sebelum empat suspek beredar menaiki kenderaan sama,” katanya di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, mayat lelaki asing itu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat dan polis sedang giat mengenal pasti keempat-empat suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI