fbpx

[VIDEO] Cuba pukau dengan RM100, lari lepas kena sergah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran video TikTok seorang peniaga menceritakan kisahnya yang hampir dipukau lelaki warganegara asing.

PETALING JAYA – Cubaan seorang lelaki dipercayai warga asing untuk pukau seorang peniaga dengan ‘umpan’ wang RM100 bagi tujuan membeli sebotol air mineral tidak berjaya apabila dia disergah di sebuah pasar raya di Shah Alam.

Menerusi hantaran video TikTok milik @Diktin_official, menjelaskan lelaki berkenaan datang dalam keadaan berbau arak, kononnya untuk membeli sebotol air mineral.

“Dia bayar guna wang kertas RM100, lepas itu, dia cuba putar belit minta tukar saiz botol dan bayaran balik (refund).

“Saya buatlah refund macam biasa. Masa saya buka laci tu tiba-tiba dia hulur duit dekat sangat. Saya pun marahlah sebab sekejap nak tukar, sekejap nak ‘cancel’.

“Lepas saya marah, dia terus keluar tak jadi beli. Ingat saya tak tahu dia punya taktik nak kelirukan orang dengan pukau, seram pun ada,” katanya.

Lebih mengejutkan, selepas gagal memperdayakan pekerja itu, lelaki tersebut dilaporkan mengulangi taktik sama di beberapa kedai lain dalam pusat beli-belah berkenaan.

“Kawan saya yang kerja di kedai makan pun nyaris terkena dengan lelaki itu,” jelasnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata melaporkan bahawa lelaki tersebut dipercayai individu yang sama yang pernah mencuba taktik serupa di kedai kosmetik.

“Ini macam lelaki yang dalam kedai kosmetik itu je,” balas @Hidayahali_dayah.

“Ini macam orang yang sama dekat kedai barangan kosmetik. Mamat ini tengah aktif cari mangsa,” komen @Noahshan72.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI