fbpx

‘Memaafkan tidak sama sekali merendahkan darjat manusia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar, Ahmad Amzad

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk tidak meneruskan persengketaan susulan dengan penarikan semula kenyataan fitnah dilemparkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim kepada beliau semalam.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, perkara tersebut adalah atas semangat dan penegasan dari bulan Ramadan yang mulia.

“Kita mengambil pengajaran untuk tidak bermudah dalam melempar sesuatu tuduhan kepada insan yang lain.

“Ia kerana ia bukan sahaja menimbulkan fitnah kepada yang tertuduh, malah ia turut mengembalikan fitnah kepada si penuduh,” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri disiarkan pada Facebook rasmi Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, amalan jelek sebegini mesti dihentikan dan tidak dibudayakan, terutamanya dalam kalangan pejuang-pejuang Islam.

“Memaafkan itu tidak sama sekali merendahkan darjat manusia, bahkan mengangkat kedudukan hamba di sisi Tuhannya.

“Amalan berpuasa mesti menjentik dhamir manusia agar kembali kepada fitrah asal kejadian termasuk menghidupkan budaya wacana yang segar dan menolak amalan fitnah memfitnah,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, kes saman difailkan Anwar terhadap Ahmad Amzad, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi.

Perkara itu disahkan oleh peguam Anwar, Datuk S.N. Nair dalam satu kenyataan kepada pihak media semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI