fbpx

Gagal seludup syabu guna mesin pembakar wafel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan mesin pembakar wafel yang digunakan bagi tujuan penyeludupan dadah. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Taktik licik dua pengedar dadah menyeludup syabu menggunakan bungkusan barangan elektrik sejak awal tahun berakhir selepas ditahan di pintu pelepasan domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari dalam cubaan keenam mereka menyeludup dadah dalam mesin pembakar wafel.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan lanjut kemudian menemukan tiga bungkusan disyaki syabu seberat 3.094 kilogram (kg) di dalam mesin tersebut.

Katanya, hasil penahanan suspek kemudiannya membawa serbuan ke sebuah rumah di Kajang dengan menemukan dadah jenis Erimin 5 seberat 20kg, syabu 126.42 gram dan ketamin 75.6 gram dianggarkan bernilai RM2.2 juta.

“Kedua-dua suspek sanggup menyewa rumah tersebut RM4,300 sebulan bagi menyimpan dadah sebelum menyeludup ke Sarawak dengan khidmat kurier.

“Mereka yang juga penganggur dan masih bujang pernah lima kali berjaya melakukannya dalam tempoh dua bulan dan ditangkap pada cubaan kali keenam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI