fbpx

‘Syed Saddiq jangan langkah bendul, tunggu abang dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Saddiq iaitu Sharifah Mahani yakin anak bujangnya itu kini memang sedang dilamun cinta.

PETALING JAYA – “Macam Romeo dan Juliet.”

Itu respons ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila diajukan soalan tentang dakwaan kisah cinta anaknya itu dengan pelakon Bella Astillah.

Ujar Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, perubahan sikap luar kebiasaan anaknya seolah-olah memberi petanda sedang dilamun cinta.

“Tengok pada sikapnya, sanggup berenang dari satu penjuru ke satu penjuru.

“Dengan emak pun tak pernah buat, tak pernah berenang, tak pernah naik gunung atau naik apa-apa,” katanya menerusi sesi siaran langsung dalam TikTok bersama anak sulungnya, SpaceDollah.

Sharifah juga turut menyifatkan Bella seorang wanita baik dan cantik, selain mendoakan anaknya bertemu jodoh yang terbaik.

“Seorang yang baik, rupa paras ada kelembutan. Tetapi seperti mama kata, kita berwaspada. Biar kecantikan itu kekal selama-lamanya.

“Kita doakan Allah kurniakan seseorang kepada Saddiq yang boleh menyayanginya dengan baik,” ujarnya.

Pun begitu, Sharifah sempat berpesan kepada anaknya supaya tidak ‘melangkah bendul’ sebelum abangnya berkahwin.

“Mudah-mudahan Saddiq dapat yang terbaik, dapat sesuaikan diri. Satu lagi, Saddiq jangan langkah bendul, tunggu abang dulu!,” tegasnya.

Sejak kebelakangan ini, hubungan dua figura popular itu menjadi bualan ramai selepas sering dilihat meluangkan masa bersama.

Mereka bukan sahaja menjadi duta jenama pakaian yang sama, malah baru-baru ini turut menawan puncak Gunung Kinabalu bersama.

Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu Tapi Bukan Denganmu, nyanyian Bella yang merupakan bekas isteri pelakon Aliff Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI