fbpx
Guan Eng

Guan Eng minta naikkan peruntukan untuk bukan Bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meminta peruntukan disediakan kerajaan kepada bukan Bumiputera dinaikkan tahun depan.

Pengerusi DAP itu berkata, langkah tersebut selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk menjaga kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

“Saya mencadangkan kerajaan memperuntukkan 10 peratus daripada jumlah peruntukan kepada Bumiputera dalam belanjawan, diberikan kepada bukan Bumiputera.

“Saya menyokong apa-apa jumlah diberi untuk Bumiputera, tetapi yang diminta peratusan diperuntukkan kepada bukan Bumiputera dinaikkan (daripada tiga peratus) kepada 10 peratus,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Guan Eng berkata, golongan Bumiputera diperuntukkan dana bernilai RM11.4 bilion dalam Belanjawan 2022, manakala bukan Bumiputera diberi RM345 juta iaitu tiga peratus daripada keseluruhan nilai itu.

Katanya, beliau pernah meminta penjelasan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai jurang besar peruntukan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN